Jumaat, 8 Mac 2013

mAaf DaRiKu TeMaN :'(

Teman,

Kehidupan ini penuh dengan warna,
adakalanya kita terleka,terlupa,
sehingga berbuat slah sesama kita,
ku tahu,akulah punca perselisihan kita,
Namun, aku juga insan,
tak dapat lari daripada kesalahan ..

Teman,

Telahku cuba segalanya,
Namun,lukamu terlalu dalam,
tak mampu aku ubati,
hatimu terlalu keras,
serta egomu terlalu tinggi,
untuk memaafkan diriku ..

Teman,

Andai takdir aku pergi dulu,
berikanlah aku secebis kemaafan,
agar tak terbina jurang kebencianmu kepadaku,
ingatlah kenangan manis antara kita bersama,
kerana hanya itu yg mampu aku tinggalkan,
sebelum langkahku terhenti,
dalam memori sebuah persahabatan,

Teman,

Tatkala aku masih punya masa,
dengan segenap ketulusan jiwa,
ku hulurkan kata maafku untukmu,
moga persahabatan kita abadi selamanya.. 




Cetusan Rasa :---> Siti Nur Kamaliah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan