Rabu, 13 Mac 2013

135 sEhAri ..

solat fardhu bersendirian - 1 darjat

solat fardhu berjemaah - 27 darjat 

setiap kali kita menyambut hari jadi, umur kita tidak meningkat tetapi jangka hayat kita telah berkurang atau menyusut sebanyak 1 tahun .. 

berapa umur kita sekarang ?

jangka hayat orang malaysia adalah 75 tahun ..
75 tahun ditolak dengan umur kita = berapa thun sisa usia yang kita tinggal ..

jika jawapanya kurang daripada 37.5 tahun,
bermakna kita telah berada di separuh masa kedua atau mungkin di dalam waktu kecederaan sementara menunggu pengadil meniup wisel ..

di dalam kesuntukan masa begini,apakah mungkin amalan solat sebegini mencukupi untuk bekalan di sana :

5 x solat x 1 darjat = 5 darjat sehari ( 1825 darjat setahun)

atau kita perlu pelaburan yang lebih baik pulangan berlipat ganda dalam masa yang singkat ..

5 x solat x 27 darjat = 135 darjat sehari (49,275 drjat setahun)

kerana kita sudah tidak cukup masa , ruang dan kesempatan,
marilah kita bersama-sama menunaikan solat fardhu berjemaah di masjid atau surau berdekatan ... :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan