Khamis, 3 Oktober 2013

SIkAp / KaReNAhKu :')

Assalammualaikum .

jyepp . lma x blogging nie . rndu plak . hehe . bukannya apa , busy ler . busy ngan study . exam pun xlma dah akan tiba . hehe . eh ? ketaq pun ada ! 34 days more ! SPM around the corner beb ! . huh ! .  la ni pun just buat latihan ! . boleh la score . tpi x 100 % lgi . akan ku cuba sedaya upayaku :’) .

Ha ! tngok kan tajuk atas tu ? sikap / peragaiku ! . hehe . awat lha orang xmau caya yang aliah ni seorang yang pendiam / senyap ?? haha . mustahil orang nak percaya ! . hari tu ada buat status ‘’ FAKTA : aku seorang yang pendiam .. HAHA !’’ . orang yang komen status aliah tu , smua pakat dok bantah my status . haha . xpuas tang mana tau ? dah memang aliah ni pendiam ! jeles lettew :p . xpayah dok jeles sangat la nyer ? HAHA ! . memang Aliah akan malu kalau first time jumpa orang tuh ! xpayah dok hairan kalau Aliah xbanyak cakap masa tuh ! HEHE ! (:’

Tapi apa yang depa komen tu semua benar2 belaka . Aliah ni bukan suka dok diam . hingaq ja ! HAHA ! . sehari xhingaq xbleh ! . mcam hidup ni x ceria ja . HEHE ! Hidup Mau Happy la ! . Happy, Happy Juga , tapi berpada lha . paling aliah suka , kacau orang ! . kalau2 ngan junior2 xcari pasal dengan depa x sah .ada ja perkara yang nak bahas . sorry la kepada sesiapa yang Aliah rajin kacau tu , especially my classmate ! . kadang2 ada jugak yang marah , bukanya apa , aliah asyik buat lawak bodo ja , depa xlaqat nak gelak ! .  HIHI !



Tadi masa discuss matematik dengan Hana , Tierah, Eisha, Tiqah, Maiyah , ada la bagi ajaran sesat kat Eisaha . dia pun percaya la ajaran sesat Aliah tu ,  HAHA ~ ! . yang lain pakat dok gelak ja & kata Aliah jahat ! yang sebanarnya bukannya JAHAT , Aliah just nakal ja . ;) . xkan nak serius ja masa discuss mate . HEHE ! . The first thing I don’t like is , bila ada budak2 kelas Aliah yang dok buat bising . bukannya apa , hormat la kawan2 lain yang nak belajar . bsing pasal pelajaran xpa . emm . Hari2 ada je suara Aliah yang menjerit dalam kelas . ! fkir tentang kawan2 lain sama nyer ? . :’) . GARANGKAH SAYA ? ! sehingga digelar si PENGAWAS GARANG ? *garu kepala*. HAHA ! .

Siti Nur Kamaliah BT Kamarulzaman A.K.A Aliah , sebenarnya xgarang pun ! . boleh caya ka ? . emm . kalau xmau percaya sudah ! HAHA ! . siapa yang benar2 kenai Aliah ja akan tau peragai sebenar Aliah . yang digelar pengawas garang tu bukanya apa , just tegas ja . kalau xtegas , cakap pengawas mana depa mau dengaq . walau junior2 form 2 &3 dok rajin BULI Aliah , tapi Alhamdulillah depa dengaq juga arahan  dari pengawas. HEHE !  . thanks adik2 bagi kerjasama dengan kak2 yang lain .

 nanti pulak Aliah post something nyer , nak pi sambung study dulu . HEHE ! . Doakan kejayaan kami Batch 96 , SPM 2013 especially SPM CANDIDATE OF MM KUALA MUDA 2013 :’) .


Khamis, 15 Ogos 2013

SaHaBaT sElAmAnYa !

Sahabat adalah anugerah yang terindah dariada Allah untuk kita kan ? . sebab tu kita kena hargai persahabatan yang telah kita bina . Perkara biasalah kalau bersahabat ada perselisihan faham , xkena dekat mana2 , merajuk dan sebagainya . Dengan semua itulah tercetusnya kenangan kita dengan dia . Jangan dia dah tak ada kat dunia ni baru kita nak hargai dia .  Sahabat juga yang telah banyak menolong kita . xkira ketika kita susah ataupun senang . ! . Itu baru dinamakan sahabat ! . Bersahabatlah dengan mereka yang betul ingin bersahabat dengan kita . yang menghargai persahabatn kita .  Terima kasih sahabat kerana selama ini sanggup melayan karenahku yang nakal ini . Maafkan aku jika dalam persahabatan kita aku ada melakukan kesilapan :') .Terima kasih juga kerana selama ini sudi mendengar masalahku, mungkin membebankan dirimu ... BERSAHABAT KERANA ALLAH . Ukhwah Fillah Abadan Abada . (@_@) .  1001 kenangan yang telah kita cipta bersama .



Berkawan sejak kecil lagi.
Berlari bersama2 , Mengaji alquran sama2, Berkongsi pendapat , Berkongsi masaalah sama2 .. melepak sama2 ... :)



Berkawan sejak sekolah rendah lagi . selalu sembang sama2 . gaduh sama2 . kita still kawan sampai sekarang . walaupun xcontact selalu, tetapi kita saling mengingati .persahabatn yang terbina dah 10 tahun .lama tu ! . hee ~ indahnya bersahabat jika kerana Allah . 








thanks kawan . sepanjang persahabatan kita selama 5 tahun ni . macam2 karenah ada. haha . kita happy sama2, sedih sama2 .,belajar sama2 yang xboleh lupa ... gosip sama2 . hehe . banyak kenangan dengan hampa beb ! .  5 tahun menempuhi duri & ranjau bersama2 . kadang2 tu sorang ada msalah , semua turut bersimpati . friend forever :)

SeMoGa PeRsAhAbAtAn KItA KeKaL aBaDi SeLaMaNyA :') . sAyAng hAMpA ! 


TrIaL vS RaYa ! . :')

Assalammualaikum .

Hari ni dah 9 Syawal .. sekejap ja masa berlalu . tapi still xsedar diri nak TRIAL SPM . HaHa ! . sehari ja lagi baki cuti sekolah . AdUh ! . aDa sApA2 NaK tOlOnG x ? haha .  *keyboard tetiba rosak* .  mula hari selasa hari tu mula 2syen untuk bahasa arab . memang semangat giler ! . bukanya apa , bosan duduk rumah , kalau nak harap study kat rumah memang tak lha . main je . tu yang col ustaz tnya ada tuisyen ke x . hehe .
memang terbaik laa tuisyen .orang lain xpernah buat kot . kami ja . 1 subjek 4 jam . x 3 hari ..= 12 jam tuisyen bahasa arab . kalau xdapat A , emm . saja arr . (*_*) .

Kepada Candidate SPM 2013 . Do The Best For Your Trial .  I Wish U Luck .raya, raya jugak . study jgan lupa . bak kata ayah aliah , kalau xpas SPM , abah bagi menikah terus . attudia .. ! kan susah kalau macam tu . haha . Abahku memang begitu .hehe . semoga kita dapat menjawab dengan tenang . Hidup Mau Lepak . Study Mau Gempak ! . teringat balik trademark masa form 3 dulu . :')

Alhamdulillah . sebelum exam dapat selesai masalah yang berat bagiku . kalau xselesai jugak . emm . memang xtenang nak jawab exam . thanks friend dapat memaafkan diri ku yang hina ini . amacam ayat yang Aliah hantar ? power x ? . memang penuh sastera gitu kan ? .. haha . tebal je muka  nak send . dalam hati dok kata '' ni mesej last , kalau dia xbalas.. memang aku xkan hanatr mesej dah ''. tup2 balas .  dia terima maafku . kepada friend Aliah yang tengah sedih tu , keep it up friend . xmau sedih2 weyh ! nanti aku sedih jugak . focus for exam . Aliah tau , memang berat masalah hang .  nanti kita cuba selesai yer . SAYANG HANG !! :') .



                                               
                                                 #HasilKaryaCherryJubilee# . cun gitu :')


Khamis, 11 Julai 2013

HaRgAi oRaNg yAnG kItA SaYaNg :')

Ada terbaca satu kisah dekat laman sosial . sedih sangat bila baca . tetiba ja air mata menitis . kebanyakkan orang zaman sekarang ni ( xsemua la ) , bila orang yang dia sayang ada depan mata , dia xhargai . bila dah menghadap ILAHi BARU TERKENAG . hargailah ibu kita selagi dia masih hidup ! . kasih ibu tiada ganti . kasih ibu juga .membawa ke syurga :') . 

  '' Ada orang tanya maz, Arwah mak maz sakit apa. Maz nak kongsi kat sini. Moga2 kita semua sama2 boleh amik Ikhtibar.
Arwah mak maz Cancer payu dara. Tahap 3. Terkesan ada ketulan. masa buat pembedadan pihak hospital kaji dan menyatakan mak ngidap cancer payu dara. Lemah rasa diri ne masa tu..
Mak maz sempat bertahan 3 tahun. Dari tahun 2009 hingga 2011.. lepas dari buat pembedahan, doctor syorkan membuat pembedahan untuk menjalankan perubatan kimoterapi dan Radioterapi, ianya sejenis air putih.. Bukan karen dan sebagainya. Bila air tu masuk dalam badan, automatic badan rasa panas, berpeluh-peluh, rambut luruh sehingga botak. Kesannya dari air kimo dan radioterapi tadi. Sepanjang hari mak maz kata sakit, panas.
Sedih sangat bila d ingatkan balik.
Sampai satu tahap, doctor maklumkan cancer dah merebak ke otak tahap ke 4. Kesan merebak ke otak, mak maz kena sawan, dan lumpuh satu badan. Allah Allah Allah..
Saat tibanya Nafas terakhir mak masa tu, mengalir air mata mak, mak tak boleh bercakap atau menggerak2kan badan. Hanya air matanya saja yang sempat maz lap dengan tangan maz sendiri. Maz, ayah, kakak dan abang sempat meminta ampun dan cium dahi mak. Allah..
Sebak..

sejak dari tu, tersedar diri ne. Apa akan terjadi hidup ini tanpa Ibu yang dulu selalu menasihati aku. yang dulu selalu membimbing aku.
Bila Ibu sudah tiada. Hilanglah 1 Keberkatan yang telah hilang dalam diri kita iaitu Doa dari Seorang Ibu kepada anaknya.

Maz nasihatkan, sesiapa yang masih ada mak. Jagalah mak baik2. Jangan sesekali cuba menyakiti perasaannya. Sekarang memang kita rasa senang bila ada mak, tak risau tak bimbang sebab ada mak lagi. Tapi bila dah takda baru semua akan rasa d mana perginya Ibu yang dulunya bersusah payah kerana aku.
Sayangilah mak awak semua. :') ''


---> syukran ukhty maz kerana bagi saya kongsi cerita ni :D


Sabtu, 6 Julai 2013

RaHsIa . heE ~ :)

Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

ANAK MANJA EMAK ?
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. 

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.

Khamis, 4 Julai 2013

mUsLiMaH ♚ツ

Muslimah…
Sudahkah kita menjadi diri sendiri sebagai muslimah sejati, Yang selalu berbalut helaian benang di sekujur tubuhmu, selain wajah dan tanganmu, Perintah Ilahi sebagai bekal kita untuk menuju-Nya..

Dengan membalut aurat, agar percikan api neraka tidak menyulut raga sebagai titipan-Nya ini, takutlah akan neraka, janganlah menjadi penghuninya yang akan dicambuk seperti seekor sapi, dosa dari pelanggaran perintah menutupi aurat, raihlah syurga-Nya, jangan sampai aroma baunya pun tak tercium..

Muslimah…
Sudahkah kita menghilangkan volume isi suara dari ghibah, Yang selalu menjadi kebiasaan buruk dan sebuah kenikmatan lidah ini berucap tiada guna untuk meng-ghibah dari cela dan cerca..

Seperti memakan daging bangkai saudaramu, bila Ghibah selalu dilakukan, Dan..angin aura beraroma bau busukpun menghembus dari para pengumpat kaum mukmin, Dengan berucap Naudzubillah…hai para wanita hindarilah Ghibah…

Muslimah…
Sudahkah menjaga kehormatan kita sebagai isteri dari sebuah pergaulan. Junjunglah tinggi darjat suami, karena itu sebuah perintah-Nya agar kita taat kepadanya,Terbuka lebar pintu menuju syurga bila ketaatan kita lakukan pada suami karena –Nya..

Seorang Muslimah sejati, dari segala langkahnya, hanyalah mencari keredhaan-Nya semata, Seorang Muslimah sejati , kesabaran dan kesolehannya adalah atribut dirinya..

Hanya satu pinta, jadikanlah kita Muslimah sejati…agar teraih cinta yang hakiki..

Ketahuilah..Al'maratul solehah khairun mina dunya wa ma fiha~wanita solehah itu lebih baik dari dunia dan isinya.

Sabtu, 29 Jun 2013

Jihad Fisabilillah :)

Sahabatku,
Andai perjuangan itu jalannya panjang,
Maka jangan pernah berhenti sebelum menemui penghujungnya,
Tapi siapkan kenderaan untuk percepatkan sampai pada tujuan,
Andai perjuangan bebannya berat,
Maka jangan meminta untuk diringankannya,
Tapi mintalah hati yang kuat untuk menampungnya,

Sahabatku,
Andai perjuangan itu mudah, pasti ramai yang menyertainya,
Andai perjuangan itu singkat, pasti ramai yang istiqamah,
Andai perjuangan itu menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai yang tertarik padanya.

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu,
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu,
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu,
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu,
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu,
Andai rebah, bangkitlah semula! Andai terluka, ingatlah janji Nya!
Teruskan berjuang demi menggapai redhaNya..

Khamis, 23 Mei 2013

sAmBuTaN hArI gUrU (:

Assalammualaikum .

hai korang ! . apa khabar ? . bagi yang masih bergelar pelajar tu mesti seronok kan ? al maklumlah, cuti sekolah dah bermula . harap korang dapat isi masa korang  cuti ni dengan perkara yang bermanafaat . tapi bagi pelajar mm.kuala muda . jangan lupa mulakan cuti korang dengan ''CUTI-2 CERIA'' nyer . haha . best kan ? .

hari ni selesailah sambutan hari guru peringkat sekolah kami 2013 . tahun ni budak-2 form 5 yang handle . kami dah lakukan yang terbaik bagi kami :) . terima kasih kepada ustaz ashraf kerana telah banyak tolong kami . jasamu kan kami kenang ! ewwaaah ~ . haha . kepada geng-2 fom 5 jugak ,thanz atas usaha yang dilakukan bersama . tanpa semangat berpasukan,tidak xdapat handle program ni dengan baik . jasamu juga akan ku kenang ~ . *segak button & baju hampa . hehe . :)

acara mula pkul 8:30 . mula dengan acara outdoor . antra acara nya ialah :
* moto ambat  * ukir tembikai * melukis * tuju kasut *tumbuk sambal belacan * sabar mencari * stabil ke x ? * cari benda . 
rupa-2 nya cikgu-2 ada bakat yang terpendam . terutama masa aktiviti melukis & ukir tembikai . macam-2 bentuk . best tengok gelagat cikgu-2 . walaupun penat main, tapi nak main juga . ! . tambah-2 masa acara'' stabil ke x ?'' cikgu-2 pakat marah sebab garam atas meja depa sikit je . macam mana nak bagi telur berdiri ! . haha . sampai ada yang cover dengan xmau bagi buang garam . haha . 

selepas acara outdoor,acara dalam dewan pulak . xdak apa pun . *tadi kata ada ,ni xdak plak, cakap serupa keling * haha . emm . ikrar & nyanyian oleh guru-2, acara penyampaian hadiah,pertukaran hadiah & acara petong kek . macam-2 gelagat masa  nak terima hadiah . :) . hihihi

acara gimik paling best . hehe . walaupun ada yang kurang menjadi tpi tetap TERBAIKK !! :) .   masa hafiz buat-2 jatuh,ramai yang pakat terkejut. sampai adik-2 kat '' weyh,mcm mana ? . kek jatuh '' . hehe . gimik je la dik oii . ! . masa bawak turun kek dari atas tuh,ustaz hilmi pi sambut kotak kek tu. adooii ~ . memang nak bagi jatuh,tapi dah ustaz p sambut . haha . sebenarnya ustaz tau yang ada kotak kek, & ustaz ingat ada kek .
masa penyampaian hadiah, kami jaga la xmau bagi ustaz lah & ustaz shauki undur belakang ,takut ustaz tengok atas  . last-2 ustaz tengok jgak . haha .nasib la budak laki letak benda dalam kotak tuh , kalau x, memang ustaz tau kotak kosong je . hehe . :) .

lepastu masa depa usung adik fom 1 guna kereta bawak tanah tuh,*tapi kami makeuP bagi lawa dah aih* . haha .adik tuh dok dalam kotak tuh,boleh pulak dia xkeluar lepas ustaz buang kain atas kotak . haha . lepas tu,nak keluar dari kotak tuh,kaki tersangkut kat kotak,kepala xnampak . haha . lawak-2 . aku yang dok tengah rakam gimik tu ,gelak je .. haha .  last masa uzair bawak kek dengan kereta kancil .  terbaik ! . Alhamdulillah  program berjalan dengan lancar walaupun ada jugak masalah yang timbul . :) . kenangan tahun akhir . 

:: antara kenangan-2 yang sempat dirakamkan ::


kek hari guru tahun ni . sedap oo ~ hehe . 


cup cake yang diedarkan kepada semua pelajar . *comel je cupcake ni *

















inilah gambar-2 yang rajin diupload . kalau diikutkan 200 gambar kot . haha . al maklumlah . line semakin semput la . hihihi . sori la, gambaq fom 5 xbanyak . pakat-2 sibuk belaka . nnti kalau  rajin, aliah upload lain nyer . malas deh ! :) . akhir sekali, aden nak mintak maaf la noh,kalau sepanjang program & mesyuarat kita,aden ada buat salah atau terasa hati . sooryy :) . 
akhir kalam ..... 

'' SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA GURU-2 MMKM . JASA KALIAN AKAN KAMI KENANG . TERIMA KASIH KERANA SELAMA INI SANGGUP MELAYAN KARENAH KAMI & MENGAJAR KAMI UNTUK MENJADI INSAN BERGUNA ''


Rabu, 22 Mei 2013

sc0tLaNd ツ

Assalammualaikum . :)

sc0tland ? lawak la kalau dengar perkataan ni . 
bukannya apa . tadi masa rehat sebelum mula exam .bahasa inggeris dengan perdagangan ada la budak sorang ni buat lawak . haha .

wanie bukak la buku literature . ada satu peta ada perkataan SCOTLAND . dia kata dia teringin nak p sana . bukan setakat dia . kami pun nak pi jugak . ! . :) .
antara perbualan antara kami (:

wanie : wey, nanti sampai la aku kat sini . (scotland)

esya : nanti kalau hampa pi, mesti jumpa kak aku ! .

miera : kak hang ? .

esya : ha la ! . kalau result universiti elok . InsyaAllah . kak ak nak pi sana . :)

miera : hang tunggu la . lepas SPM aku terus pi, xpayah masuk universiti dah . p ngan tuuuttt ! . haha .

wanie : awai aih hang . sekurang-kurangnya pi universiti dulu . ni tak,p scotland terus . haha .

aliah : wey ! hang jadi keldai dadah ka apa ? haha . bukanya apa ,selalunya orang yang pi cepat ni dia jadi keldai dadah .(meletus ketawa antara aku ngan wanie, miera muka masam je . ) . hahahahah . 

sampai ustaz panggil suruh duduk tempat masing-2 nak mula exam pun kami gelak xhabis lagi . wanie-2 ! haha . :) 
*natirah hanya tercengang tengok kami gelak . wanie cerita pun tersangkut-2 . adoi ~ karenah rakan-2 .
dok tengah buat preksa tertengok mka miera atau wanie pun dok gelak sorang-2 . haha . * sampai teqa tuh noh ? . 

 indahkan persahabatan bila kerana ALLAH ? .  sayang kawan-2 ! .



Sabtu, 11 Mei 2013

EmMm :/

Assalammualaikum .. :/

kta jugak sebagai manusia biasa kan ? yang xlekang dri buat kesalahan .. right ? .. emm .. sori laa kalau ada yang terasa hati dengan aku ! .. aku Pun xtau laa .. sori sangat-2 erk ? .. aku geram giler hari ni ! -_-

aku berterima kasih dekat hang .. disebabkan, hang berjaya bagi hati aku sakit + menangis ! .... thanks sangat-2 .. sejarah 2 tahun lalu berulang kembali ! .. awat laa time aku nak amek exam ? xdak time lain ka ? .. emmm .. sebelum ni pun macam tu .. masa tu PMR .. & laa SPM ! adoii~~~~!!! ..  entry kali ni pendek sangat-2 ! coz mo0d xdak .. selalunya aku akan cerita pada seseorang ! .. tapi kali ni x ! .. :( .. 











                                                

Khamis, 9 Mei 2013

tAmAt !

Assalammualaikum .. :)

lebih kurang 4 hari dah PRU 13  dah berlalu .. tapi still semangat lagi .. bukanya apa .. semangat sebab nak bantah penipuan politik kotor tahun ni ..  SEDIH + KECEWA + GERAM !! .. bukanya apa,PR kalah, kalah bermaruah kot .. daripada menang tapi penuh penipuan .. macam-2 bukti yang ada kalau xpercaya cer bukak FACEB0OK,,YOUTUBE .. tapi xmau ngaku .. xpa-2 .. ALLAH MAHA MELIHAT, LAGI MAHA MENGETAHUI :) ..

aku syok sangat tengok anak muda yang sokong ke arah islam .. SEMANGAT ! . walaupun ada yg tak ckup umur & xbleyh mengundi (macam aku) haha .. tapi kami still semangat nak perjuangkan islam !! ..
walaupun hujan petang sebelum mngundi tu, tapi depa still dok kat tepi jalan ... FLASHMOB ! .. xberganjak pun .. (info dari ayah ) ..

apa kurangnya budak kelas aku ! semangat habes !! .. pi sek 6/5 tu,cikgu xmasuk sampai balik.. tunggu lagi .. sembang bab politik sampai balik ! .. nasib baik laa semua sokong PR .. kalau x,maybe ada yang gaduh jugak kot .. hehe .. depa kata (termasuk aku) hehe tunggu PRU 14 .. INSYAALLAH PR  akan tawan putrajaya .. TAKBIR !!!!! ..

xsabar pula nak tunggu PRU 14 ni ! .. 5 thun lagi kot .. haha .. sabar la wahai hati ! .. ramai anak muda yyang menanti 5 tahun lagi .. ! .. sekarang ni semua pr0fil picture pakat blackout habis ! tanda protes lettew ! ( aku pun join jugak ) .. haha ..

  STATUS KAT FB !~ # tengah buat kerja sekolah .. tiba-2 BLACKOUT ! .. 
                                 lepas tu keadaan dah ok .. tengok kerja sekoah dah siap ! ~ haha   


~ antara gelagat2 dan semangat-2 PRU 13 hari tu ! .. ~


  ni kek depa makan kat markas ~ .. (merajuk :/ ) .. xdapat makan ! haha


semangat !! dok lipat bendera pun jadi kerja suruh ayah posing ! haha ..


bendera yang berkibaran dihadapan rumah .. kesian abah sampai jatuh nak pasang bendera yang tinggi ni ! :(

salahuddin pun semangat tau ! haha .. (adik-2 ngan kak sama laa )

ok laa .. tunggu PRU 14 nnti .. anak muda bangkit menentang umno!
PAS FOR ALL :)!! TAKBIR !!

Rabu, 24 April 2013

kEmBaLi :)

ASSALAMMUALAIKUM :)

long it feels not update this blog. also feels homesick. not what, now busy bit, usual SPM candidates say. (study to be successful). 
haha ! speaking bleh ! .. sori kalau aku speaking tak betul .. haha ..
akhir-2 ni, sibuk la jugak .. macam-2 latihan yang kena buat .. nasyid , choral speaking and latihan sukan (although the sport is up) .. bukanya apa .. nak pratice untuk tahun depan bagi adik-2 .. tapi kannn .. serious aku kata .. kami memang malas nak buat latihan sukan ( fom 5 ) .. mmg malas laa .. hehe .. :)

lepas ni nak update blog pun jarang-2 laa .. memang xdak masa .. lagipun xrajin nak update .. banyak kerja yang nak buat ..  (SPM AROUND THE CORNER)..
exam penggal 1 nanti pun dah masuk subjek tingkatan 4 . so,kena study laa .. soalan penggal nanti melatih kami untuk jawab exam btul laa .. memang cikgu nak buat macam soalan SPM .. bagi kami biasa jawab :) .. usaha cikgu-2 untuk nak bagi anak murid dapat keputusan cemerlang !.. so, kami pun kena berusaha untuk capai impian tu laa .. untuk cikgu,sekoah,ibubapa & diri sendiri jugak .. 


to anyone who will be sitting an important exam, do not delay any more time .. very jealous of our time .. let us try to get excellent results ..
topical results teach me not to play anymore. before topical, I was playing, and the results are very disappointing .. I do not want decision so recurring back ..

ok laa .. sampai disini dahulu .. ( aduss ~ ayat BM sungguh .. haha !) .. nanti ada masa + rajin,aku update laa blog ni .. klu dah bersawang tu .. maknanya tuan blog ni menghilangkan diri untuk seketika .. hhaa ..  * sori entry kali ni dah jadi bahasa rojak daa ~ haha .. 
wassalam :)




Isnin, 15 April 2013

rAhSiA hArI jUmAat :)

Kapt Hapidi bin Hussin

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat  maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan:"Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan  surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

sEdiH SaNgAt :(

ASSALAMMUALAIKUM .. :) ..

sedih sangat la ni ... nak tau pasai apa ?? .. pasal kawan-2 laa .. disebabkan orang ke-3 dalam persahabatan kami .. habis hancur semuanya .. apa yang depa xpuas hati dengan persahabatan kami xtau laa .. dok buat cerita macam-2 ,sampai kami bergaduh .. awat ?? apa salah kami ?? kami xpernah pun dok wat cerita pasal hampa kat kawan-2 hampa .. tahap temperature dah tinggi kot .. cuma xmeletup jaa lagi .. awat ?????? .. apa salah kami ?? hampa langsung xrespect kami .. hampa ingat hampa dah jadi senior kat adik-2 bagus sangat ka ?? lupa ka .hampa still ada senior kat sekolah tu ?? .. 

ni laa ibarat orang melayu kata '' kain sendiri koyak xambil tau .. kain org koyak terhegeh-2 sangat nk ambil tau .. " .. disebabkan hampa juga .. persahabatan kami terganggu .. !! .. selamat laa xsemua .. kalau tak memang kami jadi huru-hara disebabkan hampa .. ! tau x !!! ??.. please laa ! xpayah dok sibuk hal kami .. kalau hampa dok kat tempat kami .. tau pulak sakit hati kan ?? .. kami pun memang daah lama xpuas hati ngan peragai hampa . dimata semua orng .. hampa laa yang terbaik .. kami x !! . yang teruk-2 semua salah kami .. hampa dak .. baik-2 jaa ! .. *menyampah gilaa !!!* .. 

tahun-2 akn mendatang baru hampa tau kalau junior-2 hampa buat kat hampa macam ni .. baru hampa tau langit tinggi ke rendah .. dah-2 laa weyh campur pasal urusan orang .. dah laa tahun ni last sekolah .. memang hampa suka kan kami jadi mcm ni .. hampa best sangat .. !! .. terbaikk giler junior-2 tahun ni .. baik-2 BELAKA  ! .. respect arr !! .. bab suka bagi orang sakit hati .. memang hampa terror .. dah lama sabar ngan peragai hampa .. tapi kami xlaa jadi batu api macam hampa .. xpa laa .. ni laa permainan hampa .. just wait and see !! .. walau macam mana pun .. kami akan pastikan persahabatn kami still macam biasa .. biar laa sorang tu je yang terjejas .. xboleh nak bawak berbincang ! .. 

*kalau ada laa dikalangan hampa yang baca entry .. MOHON TERASA WEYH !!  * .. xkan xtau lagi kot.. memang terang-2 tuju kat budak baik macam hampa *


semoga perkara ni selesai dengan segera !


 



 

•❤• @kU & di@ •❤• !

ampun dan maaf ku hulurkan .. semua manusia ada melakukan kesalahan ..
saling tegur -menegurlah dan saling nasihat-menasihati ..
jangan dok kutuk kot belakang .. face to face .. ! take note !

Sabtu, 13 April 2013

eDiT gAmBaR ♚ツ

Assalammualaikum .. :)

hyepp .. korang sihat ka ?? .. smoga korang smua sntiasa sihat nyer .. MAY ALLAH BLESS YOU ~ :) .. emm .. saja ja hari ni crita pasai hobi aku msa lapang .. nak tau x ?? ha ! tengok la tajuk kat atas tu .. asal boring je mesti aku akan cari gambar untuk edit .. biar pi laa gambar yang sama ka .. janji boleh edit .. hehe .. sampai teqa tu .. ! .. best apa edit ni .. tapi bagi korang xtau laa .. maybe korang lebih suka baca novel ( bagi  perempuan) .. bagi laki ?? .. maybe main game ?? hehe .. ntah laa .. coz xdak adik laki .. perempuan ramai laa .. nak tengok x gambar yang aku edit .. kalau xelok .. just tutup mulut jee .. jangan dok kutuk .. tapi kalau kutuk pun bagus jugak .. awak dah tambah pahala kat saya .. haha ! .. kalau elok laa .. just senyum jaa .. hehe ..  acceewah ! :)

ha ! tengok laa gambar yang aku edit .. yang xberapa cun .. tpi not bad laa ~ haha .. *puji diri sendiri*











haha ~ cun x ?? apa ?? xcun ?? .. k fine !! xmau kawan ! haha .. apa-2 pun boleh .. 
jap-2 .. ada jugak orang edit gambar dekat aku .. haha .. segak kot .. thanz WAN RUHAIZA ! .. :) .. aceyhh ~ syok la tu nama dia naik kat dalam blog ni .. hee ~ nak tengok x ?? .. jap-2 ! tengah cari ni .. hehe



alololo ~ cute nyer orang dalam gambar tu .. haha .. * perasan no 1 .. hehe ..

ok laa .. nanti kita cerita pasal lain pulak nyer ! thanz sudi baca entry yang xberapa menarik nie .. daa ~ wassalam

Khamis, 11 April 2013

aKhIrNyA TerJaWaB ! ..

ASSALAMMUALAIKUM :) ..

tunggu punya la tunggu .. akhirnya result SMRAMM (SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA MAKTAB MAHMUD)  akhirnya keluar jugak setelah sekian lama .. haha ..  lama kot dok tunggu .. !keputusanya ?? .. nak tau ka ? ... jap2 nak bagitau .. emmmmmmmm .. eh-2 ? sori laaa secret budak 5 ekonomi 2 .. sapa pun xhabaq ! .. jawapan yang kami bagi masa cikgu-2 atau adik-2 tanya .. "ALHAMDULILLAH LULUS'' .. haAHa ! .. 

benda yang lepas usah dikenang ! .. (tu yang sejarah xboleh nk score tu ) haha ! .. apa-2 pun,kata ustaz .. '' pulun untuk SPM pulak '' .. buat elok-2 ! hehe .. INSYAALLAH ustaz ! .. :) .. mula2 cikgu panggil msuk pejabat memang ketaq arr,xtau nk habaq macam mana ..  (hanya tuhan yang tahu)..! xpa kawan-2 .. jom kita buat yang terbaik untuk SPM ni pulak .. ! .. fighting-2 ! .. chay0ok-2 ! .. kita boleh ! ..  :)


Jumaat, 5 April 2013

... sAhAbAt ....

sahabat .... 
hari demi hari kita lalui bersama ......
dengan titis kemesraan persahabatn ....
pahit dan manis, sama-2 kita rasainya ...
kita sehati sejiwa .....

ingatlah sahabatku......
bahawa tiada sedikit pun keraguan di hati ini ...
yang dapat  mungubah keyakinan kasih kitaa ...


telah kita ukir  1001 kenangan bersama ....
yang tidak dapat ku lupai sepanjang persahabatan kita .....
persahabatn kita sangat manis .. ibarat '' gula-2 lollipop''
jika ada kesilapan yang ku lakukan ...
kau memberi teguran dengan penuh makna ...


sahabat ..
senyumanmu memberi ketenangan ..
tawamu memberi keseronokan ...
gelagatmu memberi kebahagiaan ..
kebahagiaan yang ku idamkan ..


dalam jalinan persahabatan nan suci ini ...
sesungguhnya kunci sebuah persahabatan  adalah pengertian dan kepercayaan ....


@ sahabat yang baik ialah .. apabila sahabatnya melakukan kesalahan .. dia memberi teguran , jika sahabatnya melakukan kebaikan,.. dia berikan senyuman  :D @



'' segmen bloglist sebulan dan hadiah misteri ''



Assalammualaikum :D

jom kita join segmen ni :) .. klu bertuah,boleh dapat hdiah misteri .. :) ..
first time join :D


                                   

Khamis, 4 April 2013

dEbAraN MeNAnTi ~

Assalammualaikum ..
aduuss~ debaran kian hampir ! .. candidate SMRAMM 2012 semua pakat dok ketar arr ! .. mau taknya ,result keluar hari selasa ni .. 9/04/13 .. pergghh ! .. memang kami dah tau dah keputusanya ! memang terbaekk arr ! .. ceggini hah (y) .. haha .. * wey,xberapa bagus kot * .. sekarang ni pakat mandi xbasah,makan xlalu , tidur xlena * tapi aku walau macam mna pun,tetap lena * .. haha ..  bak kata kawan-2, LET BY GONE,BE BY GONE ! .. haha .. sapa yang tanya kami hari selasa ni,jawapan ni kami habar kat depa .. ! .. jangan marah ! :) ..

bak kata kawan2 .. lupa kan yang lama,kita fokus untuk SPM tahun ni ! aceewaah ! xboleh blah ! ..(sejarah tidak perlu untuk ulang sekali lagi) .. mazhab mana kawan-2 guna pun aku xjumpa lagi haha .. sebut je pasal smramm ,pakat tutup telinga ! .. bukanya apa .. buat sakit hati .. keputusan kami x sebaik mana ! apa-2 pun tunggu laa tarikh keramatnya 9/4/13 nie ! ... hari penentu sama ada boleh ambil STAM ataupun x ! .. tunggu jew larh ! :)
kalau teruk,tunggulah akibat nya .. mesti ada orang buat karangan panjang punya ! haha . :) .. apa-2 pun .. doakan kami dapat result yg terbaikkk !!


~ tidur laa bagi lena, macam aku ni .. walaupun ada kegetaran dalam hati ~ hehe :)

Sabtu, 30 Mac 2013

COUPLE yang HALAL !@#$%&*



Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!


Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal. 
Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)